16600 Pulai Chondong, Machang, Kelantan

09-787 8916 Facebook

Sistem Persekolahan

SISTEM PERSEKOLAHAN

Sistem Pembelajaran

Waktu pembelajaran rasmi di MTAQ bermula pada jam 7.30 pagi hingga jam 2.30 petang yang dibahagikan kepada dua sesi, iaitu sesi hafazan al-Quran dan sesi pembelajaran akademik sebagaimana berikut:

MasaAktiviti Pembelajaran
7.30 pagi hingga 9.00 pagiSesi Tasmik Hafazan 1 Muka Surat & Murajaah Hafazan Baru 1 Juzuk
9.00 pagi hingga 10.30 pagiSesi Pembelajaran Akademik
10.30 pagi hingga 11.00 pagiRehat
11.00 pagi hingga 12.00 tengahariSesi Murajaah Hafazan Lama 2 Juzuk
12.00 tengah hari hingga 2.30 petangSesi Pembelajaran Akademik

Sesi pengajian tahfiz tambahan adalah sebagaimana berikut:

HariMasaAktiviti
Sabtu hingga Rabu8.00 malam – 10.00 malamSesi Hafazan Al-Quran 1 Muka Surat & Murajaah Hafazan Lama 1 Juzuk
Jumaat dan Sabtu8.00 pagi – 10.00 pagiSesi Tasmik Hafazan 1 Muka Surat & Murajaah Hafazan Baru 1 Juzuk
Cuti Umum8.00 pagi – 10.00 pagiSesi Tasmik Hafazan 1 Muka Surat & Murajaah Hafazan Baru 1 Juzuk

Kurikulum

Buku-buku teks dan sukatan pelajaran di MTAQ berdasarkan sukatan yang telah ditetapkan oleh Yayasan Islam Kelantan. Sukatan pelajaran al-Quran dan Qiraat berdasarkan kurikulum Maahad Qiraat Al-Azhar Mesir, sukatan pelajaran Arab dan Agama berdasarkan kurikulum Maahad Bo’uth Al-Azhar, Mesir dan sukatan pelajaran akademik berdasarkan kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sistem Peperiksaan

Para Pelajar MTAQ menduduki peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan YIK dan Lembaga Peperiksaan Malaysia sebagaimana berikut:

PeperiksaanTing.Anjuran
Sijil Menengah Tahfiz Al-Quran (SMTQ)4Lembaga Pep. YIK
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)5Lembaga Pep. Malaysia
Sijil Tinggi Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (STTQ)6Lembaga Pep. YIK
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)6Lembaga Pep. Malaysia

Peluang Melanjutkan Pengajian

Antara keistimewaan MTAQ ialah para pelajar berpeluang menyambung pengajian ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS) dalam dan luar negara dalam bidang agama mahupun bidang profesional sebagaimana berikut:

SijilInstitusi
SMTQ (Ting. 4)Pusat Pengajian Pondok YIK, Bachok, Kelantan
SPM (Ting. 5)IPTA/IPTS tempatan seperti UM, UIAM, UKM, UniSZA, UiTM, USIM, MIAT dan lain-lain. Universiti Luar Negara seperti Arab Saudi, Jordan, Morocco, Syria, Australia, New Zealand, Perancis, Amerika Syarikat, United Kingdom, Indonesia dan lain-lain.
STTQ (Ting. 6)Maahad Qiraat Al-Azhar, Shoubra, Mesir dan Universiti Islam Madinah
STAM (Ting. 6)IPTA/IPTS tempatan seperti UM, UIAM, UKM, UniSZA, USIM dan lain-lain. Universiti Timur Tengah seperti Al-Azhar,  Madinah, Mekah, Jordan dan lain-lain